Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Akibat mengalami tekanan perasaan, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi, Selangor cuba mencederakan diri sendiri semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.33 petang.

“Berdasarkan laporan diterima, ketika kejadian, pelajar berusia 14 tahun itu berada di dalam perkarangan sekolah sambil memegang sebilah pisau.

“Kemudian, mangsa mengugut untuk membunuh diri dengan mengelar tangan. Bagaimanapun, pelajar itu berjaya dipujuk dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

“Ibu bapa mangsa kemudian telah hadir ke sekolah dan  mengatakan mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

“Malah mangsa juga dikatakan tidak pernah mengadu sebarang masalah di sekolah mahupun di luar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Naazron, semakan polis dengan pihak sekolah mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah disiplin.

Katanya, pelajar terbabit telah dibawah ke Klinik Kesihatan untuk ujian saringan kesihatan mental bagi mendapatkan punca dia berkelakuan agresif.

“Polis menasihatkan masyarakat terutama ahli keluarga lebih serius dalam mengawasi kesihatan mental anak-anak supaya tindakan awal dapat diambil bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

“Khidmat nasihat dan kaunseling boleh didapati melalui Talian Kasih 15999 atau mana-mana Kaunselor Bertauliah sekiranya diperlukan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast