Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dikenali sebagai Haurah Shafiyyah dilaporkan hilang pada Selasa lalu telah ditemui.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah ditemui selamat pada hari yang sama, 6 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kanak-kanak itu ditemui di kediaman neneknya sekitar pukul 3.30 petang.

“Kanak-kanak terbabit ditemui selepas dua jam dilaporkan hilang.

“Dia dijumpai dirumah neneknya di sebuah kondominium yang di Jalan Sentul Indah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular, gambar berhubung kehilangan seorang kanak-kanak dikenali sebagai Haurah Shafiyyah Selasa lalu.

Berdasarkan kenyataan yang tular, kanak-kanak malang itu kali terakhir dilihat berada di Sekolah Kebangsaan Batu Muda, Kampung Batu Muda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast