Kenderaan jenis Kia Optima yang dirampas daripada lelaki Bangladesh memiliki lesen terbang sejak 2022 dibeli menerusi media sosial di Pandamaran Klang pada Selasa lalu.- Gambar ihsan JPJ.

KUALA LUMPUR – Tindakan bodoh seorang lelaki warga Bangladesh kebal menggunakan ‘lesen terbang’ sejak 2022 akhirnya terbongkar.

Ia terbongkar selepas dia ditahan semasa hadir untuk menyelamatkan adiknya yang dicekup pihak berkuasa atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu di Jalan Pandarmaran, Klang pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, pada mulanya, pihaknya telah menahan sebuah lori membawa ais batu yang dipandu seorang lelaki warga asing di lokasi berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari pada hari kejadian.

Hasil soal siasat, JPJ mendapati warga asing berusia 24 tahun itu mendakwa dia menggantikan abangnya membawa lori.

“Bagaimanapun, pemeriksaan susulan mendedahkan pemandu warga asing itu turut tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah selain tiada lesen memandu kenderaan.

“Anggota JPJ segera menyita lori yang dipandu pemandu asing itu di lokasi tersebut di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau lagi, JPJ turut mengeluarkan saman ke atas kesalahan yang dilakukan lelaki itu.

Bagaimanapun  seorang lelaki asing memandu kereta jenis Kia Optima yang mendakwa abang kepada pemandu lori warga asing itu ketika proses dokumentasi sita dijalankan.

“Tetapi, pemeriksaan lanjut anggota JPJ ke atas individu kedua yang berusia 27 tahun itu mendapati dia memegang lesen memandu palsu.

“Siasatan susulan juga mendapati lelaki warga Bangladesh itu mengakui membeli lesen memandu itu menerusi media sosial sekitar tahun 2022 dengan harga RM2,500.

“Rentetan daripada penemuan itu, JPJ sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan perkara (lesen terbang) tersebut.

“Kita juga merampas dan menyita kenderaan Kia Optima yang dipandu individu kedua itu tindakan selanjutnya di Bawah Akta JPJ yang diperuntukkan,” tegas Azrin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast