seorang remaja perempuan, Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan yang dilaporkan hilang di Pekan Beranang, Selangor sejak Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan, Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui selamat di Pekan Beranang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, remaja itu ditemui sedang berjalan seorang diri di Pekan Beranang sekitar 1.15 tengah hari oleh rakan sekolahnya.

“Dia kemudian telah dibawa ke Balai Polis Beranang sebelum pihak polis menghubungi keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan remaja perempuan itu dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di kawasan sebuah sekolah menengah pada Isnin lalu.

Laporan berhubung kehilangan anak ketiga daripada empat beradik itu telah dibuat oleh ahli keluarganya di Balai Polis Beranang. – MalaysiaGazette