Sebuah bas Palestin menunggu di persimpangan Netzarim di Semenanjung Gaza pada 21 Mei 2001 Ketika kenderaan berperisai Israel berkawal untuk membolehkan bas dengan peneroka Yahudi menyeberang ke penempatan Netzarim dengan selamat. Beberapa saat selepas gambar ini diambil, tentera Israel di dalam kenderaan berperisai melepaskan tembakan amaran ke arah jurugambar. Foto AFP

BAITULMAQDIS – Amerika Syarikat (AS) telah menolak cadangan Israel untuk mewujudkan mekanisme pemeriksaan di persimpangan Netzarim di tengah Gaza, lapor media Israel.

Mekanisme itu bertujuan untuk menyaring individu yang kembali ke utara Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran banduan yang berpotensi.

Laporan itu, yang disiarkan oleh Channel 12 Israel menyatakan “halangan yang ketara” masih menghalang untuk mencapai persetujuan.

Namun, laporan itu menyatakan Israel tetap berkeras untuk mengekalkan kehadirannya Koridor Philadelphi di sempadan Gaza-Mesir dan di persimpangan Netzarim berhampiran bandar Gaza, yang memisahkan bahagian utara dan selatan.

Laporan itu berkata: “Amerika menghantar mesej jelas kepada Israel mereka tidak akan menerima syarat ini dan pilihan ini di luar jadual”.

AS juga berharap untuk mengadakan satu lagi sidang kemuncak pada akhir minggu depan untuk memuktamadkan butiran perjanjian tersebut.

Setiausaha Negara AS, ntony Blinken akan pergi ke Israel pada hari Sabtu untuk meneruskan usaha memuktamadkan perjanjian gencatan senjata termasuk pertukaran tebusan Israel dan tahanan Palestin.

Lawatan itu dibuat selepas AS, Mesir dan Qatar mengumumkan pada hari Jumaat mereka telah membentangkan kepada Israel dan Hamas dengan cadangan yang membolehkan pelaksanaan pantas perjanjian gencatan senjata.

Hamas enggan mengambil bahagian dalam perbincangan terkini, menuntut Tel Aviv berpegang pada perjanjian yang dibuatnya pada Julai berdasarkan cadangan yang disokong oleh Presiden AS Biden dua bulan lalu, menurut laporan media.

Lebih 40,000 rakyat Palestin telah terbunuh sejak Israel memulakan serangan di Gaza Oktober lalu, sebahagian besar daripada mereka wanita dan kanak-kanak.

Kawasan pantai yang luas telah diratakan sepenuhnya semasa pengeboman Israel tanpa henti. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast