KUALA LUMPUR – Nama pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof kembali menjadi tumpuan selepas dia didakwa memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Memetik laporan sumber Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

Pada Oktober tahun lalu timbul desas desus mengenai perceraian pasangan ini.

Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast