Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din

KUALA LUMPUR – Gara-gara pertengkaran mulut berkaitan isu peribadi menjadi punca pergaduhan dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku, Seremban, Negeri Sembilan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang lelaki berhubung kejadian itu pada jam 2.25 petang, 19 Ogos lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku sekitar jam 11, Ahad lalu  ketika mangsa berusia 17 tahun sedang berada di dalam restoran itu.

“Kemudian, mangsa telah dipukul oleh dua rakannya yang berusia 16 dna 18 tahun menggunakan tangan serta kerusi di bahagian badan dan kepala.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan dan kepala dan telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya telah mengenal pasti kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Mohamad Hatta menambah, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sehubungan itu, polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat IPD Seremban, Sarjan Amram Ismail di talian 019-9661346. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast