Seramai 61 individu membabitkan pesara dan bekas polis serta petugas pada era darurat dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

KUALA LUMPUR – Seramai 61 individu membabitkan pesara dan bekas polis serta petugas pada era darurat dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, anugerah itu turut diberikan kepada seorang pegawai kanan, lima pegawai rendah.

“PJPN ini dianugerahkan kepada petugas Polis dan Polis Diraja Malaysia bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara.

“Ia berlaku semasa era darurat dalam perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

“Era insurgensi komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Malaysia, juga bagi Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat,” katanya pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, di sini, hari ini.

Menurut Rusdi, penganugerahan itu merupakan penghargaan kepada mereka selain memupuk semangat juang yang tinggi dalam memotivasikan pegawai kanan dan pegawai rendah polis untuk meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang.

“Penganugerahan pingat tersebut membuktikan jasa mereka menjadi ingatan dan tauladan untuk generasi pada hari ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast