Enam orang parah manakala 15 cedera ringan bas membawa kakitangan SUK Selangor terbabas di parit di Banting petang Rabu. Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Enam parah manakala 15 lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan bas yang membawa kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dengan sebuah mootosikal di Banting, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar 1.07 petang tadi di Jalan Simpang Morib Kampung Kelanang, Taman Dawai, Banting.

Susulan itu, sepasukan 11 anggota dengan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan Telok Panglima Garang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setelah sampai di lokasi jam 1.18 petang tadi pemeriksaan lanjut bomba mendapati insiden membabitkan seramai 21 orang dewasa kakitangan awam kerajaan negeri yang sedang dalam perjalanan dari Mahkamah Selangor.

Enam orang parah manakala 15 cedera ringan bas membawa kakitangan SUK Selangor terbabas di parit di Banting petang Rabu. Ihsan Bomba Selangor

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah motorsikal jenis Honda EX5 no. pendaftaran tidak dapat dikenalpasti dan sebuah bas milik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dipercayai terbabas di parit berkedalaman dua meter.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 21 orang mangsa terdiri daripada 15 perempuan dewasa dan 6 lelaki dewasa kesemuanya kakitangan awam kerajaan negeri berada di dalam bas itu semasa kejadian” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati bas SUK negeri itu terbabas selepas cuba mengelak sebuah motosikal di atas jalan tersebut sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

“Ia mengakibatkan enam orang dewasa terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita telah mengalami kecederaan parah dalam insiden tersebut.

“Manakaka, 15 lagi mangsa yang berada dalam bas berkenaan turut mengalami cedera ringan.

“Terdapat seorang lelaki dewasa (pemandu bus) telah tersepit di bahagian pemandu dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan oleh pihak bomba,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, kesemua mangsa termasuk yang cedera parah dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, nasib penunggang motosikal tidak dapat dipastikan kerana gagal dikesan.

“Tujuh mangsa tercedera sedang dirawat di zon kuning di hospital termasuk pemandu bas adalah berusia lingkungan antara 30-an hingga 40-an,” ujarnya lagi.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat turut bergegas dan terlibat tindakan lanjut di lokasi kemalangan tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast