Aaron- Wooi Yik kekal bersama BAM sehingga LA2028 Foto FB BAM

KUALA LUMPUR- Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Perkara tersebut dimaklumkan badan induk badminton itu menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

“Kontrak dilanjutkan! Pemenang pingat gangsa #Tokyo2020 #Paris2024, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik secara rasmi menandatangani kontrak untuk kekal bersama kami hingga #LA2028!,” katanya.

Aaron-Wooi Yik digandingkan bersama pada 2017, dengan pencapaian terbaik mereka ialah memenangi pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024.

Pasangan itu turut mencipta sejarah menjadi beregu lelaki pertama negara muncul juara Kejohanan Badminton Dunia.- MalaysiaGazette