Rita Rudaini bergambar dengan Airit Rayan Rizqin (tengah). Foto IG Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini terus mencipta sensasi apabila muncul johan acara larian 200 meter di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Sabak Bernam, semalam.

Lebih membanggakan, Airit Rayan Rizqin, 15, turut berjaya mencipta rekod baharu dalam acara tersebut dengan catatan masa 23.81 saat berbanding tahun lalu.

Rita Rudaini Mokhtar, 48, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang Rayan pada kejohanan tersebut.

“Alhamdulillah, berita gembira dan rezeki Rayyan dan MRSM SUBES hari ini,” ibu tunggal itu di media sosial milik di sini.

Malah Rita juga memberitahu anaknya itu membantu kuartet 4×400 sekolahnya memenangi emas dengan memadam rekod selama 17 tahun.

Sebelum ini, Rayan mencuri perhatian ramai selepas mengungguli pingat emas menerusi acara larian 100 meter dalam kejohanan yang sama.

Rayyan yang mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar itu berjaya melakar rekod baharu acara tersebut dalam tempoh 20 tahun dengan catatan masa 11.44 saat.

Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008.

Bagaiamanapun ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada September 2013.

Selain Rayan, mereka turut dikurnikan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun. – MalaysiaGazette