Tangkap layar gambar di lokasi kejadian menerusi laman Facebook Polis Trafik Kuantan

KUANTAN – Dua lelaki maut setelah kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan di Batu 8, Jalan Gambang – Kuantan di sini malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan itu pada pukul 10.08 malam.

Kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu seorang mekanik kereta dengan penumpang hadapan, seorang lelaki yang bekerja di kedai potong bahagian kenderaan dari arah Gambang menghala ke Kuantan.

“Siasatan awal yang dijalankan di lokasi kejadian mendapati pemandu kereta itu telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa, Zulkifli Mohamad, 43, dan Mohd Hairul Azlin Samud, 39 meninggal dunia di tempat kejadian.

Wan Mohd Zahari berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast