Sebahagian warga asing yang gagal memasuki Malaysia selepas ditahan Unit Pemantau AKPS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 112 individu warga Bangladesh, Pakistan dan India telah ditolak daripada memasuki Malaysia kerana gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) hasil operasi pemantauan berkala oleh Unit Pemantau AKPS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Operasi yang melibatkan pemeriksaan ke atas lebih 300 individu dari pelbagai negara itu mendapati sebilangan daripada mereka telah mendarat lebih enam jam namun tidak hadir ke kaunter untuk pemeriksaan imigresen.

Hasil pemantauan mendapati tindakan mereka ini disengajakan dan mencetuskan keraguan terhadap tujuan kedatangan mereka ke negara ini.

Kesemua 112 individu yang ditahan itu kemudiannya telah dibawa ke Pejabat Unit Pemantau AKPS KLIA untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut sebelum keputusan rasmi penolakan kemasukan dikeluarkan ke atas mereka.

AKPS akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pintu masuk dan kedaulatan sempadan negara
sentiasa terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast