Wartawan MalaysiaGazette, Muhammad Rizanizam Abdul Hamid, 43, salah seorang penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena Pengurniaan Darjah, Bintan dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2024 di sini hari ini.

MELAKA – Wartawan MalaysiaGazette (MG), Muhammad Rizanizam Abdul Hamid, 43, salah seorang penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena Pengurnian Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2024 di sini hari ini.

Majlis berkenaan sempena hari jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri (TYT) Melaka.

Muhammad Rizanizam berpengalaman selama 19 tahun sebagai wartawan bermula tahun 2005 di Utusan Malaysia, Harian Metro, Melaka Hari Ini (Ketua Pengarang) dan kini wakil MG di Melaka.

Beliau menganggap penanugerahan PJK satu hadiah kerana hari ini juga merupakan tarikh hari jadinya.

Muhammad Rizanizam Abdul Hamid,

Selain itu, anak ketiganya, Affan Ziyad berusia sembilan tahun juga berkongsi tarikh yang sama hari ini.

Muhammad Rizanizam mengucapkan terima kasih kepada TYT Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, MG dan Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika). – MalaysiaGazette