Rozita Che Wan yang hadir ke Pesta Portmeirion Jiwa Merdeka.

KUALA LUMPUR – Usia melebihi 50 tahun tidak menghalang pelakon, Rozita masih menjadi buruan syarikat tempatan di negara ini untuk menjalinkan kerjasama dengan ibu beranak tiga itu.

Mesra dengan panggil Che Ta, dia kini menjadi pilihan SZBlooms yang merupakan pengedar rasmi pinggan mangkuk jenama terkenal Portmeirion dari United Kingdom (UK).

Pengasas dSZBlooms, Ir Syanita Zur berkata, isteri pelakon Zain Saidin itu dipilih kerana Che Ta sangat sinonim dengan gaya elegan yang lebih menonjol dalam kalangan selebriti lain.

“Dia (Che Ta) umpama pinggan mangkuk yang cantik dan  diibaratkan pinggan mangkuk paling elegan malah dia juga dekat dengan jenama kami dan juga pengguna produk di mana ia boleh diwarisi kepada anak cucunya kelak.

“Sebagai pengedar rasmi Portmeirion UK, kami berbangga untuk membawa produk berkualiti tinggi ini kepada pencinta pinggan mangkuk di Malaysia untuk kolaborasi dengan Che Ta pada masa akan datang,” katanya pada Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka! di sini semalam.

Che Ta sudah 15 tahun menjadi penggemar koleksi pinggan mangkuk mewah.

Sementara itu, Che Ta atau nama sebenar Rozita Abu Bakar, 51, berkata, kepentingan hiasan meja menerusi pinggan mangkuk mampu selera seseorang di rumah.

Katanya, ini kerana pengalamannya yang sudah 15 tahun menjadi penggemar koleksi pinggan mangkuk berkenaan.

“Saya percaya bahawa hiasan meja yang cantik dapat mencipta pengalaman makan yang lebih bermakna bersama keluar

“Tambah pula, saya memang penggemar Portmeirion sejak 15 tahun lalu dan sebagai orang Perempuan, kitaa suka suka barang rare di rumah,” ujarnya.

Namun Che Ta mengakui dia menasihati ahli keluarganya agar menjaga adab di meja makan untuk makan dengan tertib.

“Memang ada protokol. Kalau orang itu makan berbunyi saya tak akan makan sekali. Zain pun saya suruh makan tutup mulut nanti berbunyi dan nampak tak beradab, sendawa pun kena perlahan-lahan,” katanya. – MalaysiaGazette