KUALA LUMPUR – Bekalan air di semua kawasan yang terjejas akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Bernam (LRA Sungai Bernam) berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air di Sungai Bernam telah pulih sepenuhnya pada jam 11 malam tadi.
Gangguan bekalan air itu melibatkan sebahagian besar kawasan di Sabak Bernam dan Felda Gedangsa di Hulu Selangor.
Sehubungan itu, Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. – MalaysiaGazette