Superintenden Raub Selamat.

JOHOR BAHRU – Seorang ejen insurans rugi RM100,000 selepas diperdaya tawaran pekerjaan sambilan dalam talian yang tidak wujud dalam bulan ini.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa, 44, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan semalam selepas menyedari ditipu.

“Mangsa mendakwa kejadian bermula pada awal bulan ini, selepas melihat iklan tawaran pekerjaan sambilan yang ditawarkan seorang wanita yang dikenali dalam laman sosial.

“Mangsa dijanjikan komisen sebanyak 12 peratus hingga 18 peratus bagi setiap tugasan membuat bayaran bagi belian pelanggan dalam aplikasi Tiktok yang mana setiap tugasan yang berjaya, bayaran akan dibuat dalam bentuk matawang USD.

“Mangsa meminta serta bersetuju dengan kerja yang ditawarkan dan diberikan satu pautan URL untuk mangsa mendaftar akaun pada aplikasi Tiktok ‘Shop’

“Percaya dengan komisen yang dijanjikan, mangsa telah mengikut arahan suspek dengan membuat 14 kali transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank tempatan pada pertengahan bulan Ogos 2024 sehingga mencecah RM118,443,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, setelah pembayaran dibuat mangsa masih belum menerima sebarang komisen seperti yang dijanjikan.

Mangsa katanya, menghubungi kenalan yang memperkenalkan mangsa pekerjaan sambilan ini tetapi talian telefon telah disekat.

“Mangsa mengesyaki dirinya telah ditipu dan membuat laporan polis. Kes disiasat dibawah Seksyen 420 kanun keseksaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast