Suhu yang dingin di kawasan tanah tinggi Ranau seperti musim bunga, membolehkan hasil kualiti tuaian Teh Sabah yang banyak dan segar.

KUALA LUMPUR – Sabah Tourim akan mempromisikan dua minuman ikonik negari itu sepanjang Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2024 pada 6 hingga 8 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Julinus Jimit berkata, jenama kopi Yit Poh di Tenom dan Teh Sabah di Ranau akan dijadikan sebagai tempat tarikan pelancongan terkenal seterusnya mempertingkatkan kehadiran pengunjung ke di Negeri di Bawah Bayu itu.

Beliau berkata, sebagai perintis industri kopi di Negeri di Bawah Bayu, Taman Kopi Yit Foh di Kampung Chinta Mata kini bukan sekadar kilang kopi.

Malah telah berkembang menjadi sebuah destinasi pelancongan yang popular untuk bersiar-siar selain mempunyai kemudahan tempat penginapan yang menawan.

“Selain itu, Ranau pula terkenal dengan minuman ikonik Sabah iaitu Teh Sabah kerana ladangnya adalah salah satu daripada beberapa ladang teh organik di dunia.

“Daun Teh Sabah yang terbaik, dituai dari kaki Gunung Kinabalu yang terletak kira-kira 2,272 kaki dari paras laut.

“Suhu yang dingin di kawasan tanah tinggi seperti musim bunga, membolehkan hasil kualiti tuaian Teh Sabah yang banyak dan segar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kilang Yit Foh menggunakan kayu api untuk memanggang biji kopi.

Mengulas lanjut, Julinus berkata, orang ramai dijemput datang dan berkunjung ke Zon Sabah di Pameran MATTA kerana pelbagai aktiviti dan persembahan akan ditampilkan untuk pengunjung.

Pihak Lembaga Pelancongan Sabah (STB) juga  menganjurkan permainan ‘Kumpul 3 untuk Menang’ Treasure Quest dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi selain mencuba minuman ikonik Sabah dan melihat kraftangan tempatan di gerai Kadaiku.

“Pada masa sama, STB menawarkan baucar rebat pelancongan bernilai sehingga RM150 dengan setiap pembelian transaksi yang dibuat daripada mana-mana ejen dan hotel berdaftar dari Sabah.

“Sri Pelancongan Sabah iaitu anak syarikat STB juga akan hadir sebagai pempamer untuk mempromosikan pelbagai acara pelancongan yang akan diadakan di Sabah,” katanya.

Sementara itu, STB dan 33 agensi pelancongan akan mengambil bahagian dari Sabah, dalam Pameran MATTA 2024 di MITEC Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette