SPRM hakim
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian kerana dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan kira-kira RM500,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang bergelar Datuk berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang hari ini ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut sekitar awal tahun 2020 bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000 daripada sebuah bank pertanian bagi tujuan untuk membiayai kos tetap dan operasi penanaman ubi kayu dan pisang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu tersebut

Kata beliau, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast