Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah
Majistret Selayang atas tuduhan membunuh anak perempuan mereka yang berumur lapan tahun pada 17 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29,  bapa tiri dan ibu mangsa, Norfazira Radzi, 30, mengangguk faham selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Mengikut kertas pertuduhan, pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian terhadap Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize di Pangsapuri Sandalwood Court, Bandar Tasik Puteri, Rawang antara jam 11.51 pagi hingga 3.51 petang 17 Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya bagi kes tersebut ialah Nor Izairah Zainal.

Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebagai rekod, Nur Anissa Afiera yang meninggal di kediamannya sebelum ini dilaporkan mempunyai kesan cedera akibat dipukul
dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut.- MalaysiaGazette