KUALA LUMPUR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita dari Andra Pradesh, India, yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India sudah memasuki hari kelima, hari ini.
Pemantauan MalaysiaGazette mendapati seawal jam 8 pagi lagi, pasukan penyelamat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk menyambung usaha mengesan Vijayaletchumy, 48.
Pasukan SAR dipercayai sedang mengenal pasti kawasan yang akan digali bagi mencari pemanda baharu atau sebarang potensi yang boleh membawa kepada penemuan mangsa.
Ketika ini lebih 40 pengamal media pelbagai agensi sedang berada di lokasi untuk mendapatkan perkembangan terkini.
Dalam pada itu, anak sulung mangsa iaitu Surya yang berusiq 26 tahun turut kelihatan berada di lokasi pencarian sejak pukul 9 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan SAR.
Dalam pada itu, walaupun Datuk Bandar telah memberi lampu hijau premis perniagaan boleh beroperasi mulai Isnin, tetapi hanya segelintir premis sahaja yang membuka premis hari ini.
Namun, jumlah pengunjung tidak begitu memberangsangkan.
Dalam kejadian Jumaat minggu lalu, Vijayaletchumy yang berjalan bersama adik perempuannya terjatuh akibat tanah jerlus di hadapan Jalan Masjid India.
Mangsa merupakan pelancong yang datang bersama suami dan keluarganya selama dua bulan lepas.
Mereka sepatutnya berangkat pulang ke India Sabtu lalu. -MalaysiaGazette