Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India yang memasuki hari kelima disambung semula pagi hari ini. Foto SADIQ SANI, 27 OGOS 2024

 

KUALA LUMUR – Kerja–kerja operasi pencarian (SAR) wanita warga India yang menjadi mangsa tanah jerlus akan diteruskan pada pagi ini.

Pencarian wanita berusia 48 tahun itu sudah memasuki hari keenam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kerja-kerja SAR pada malam tadi telah ditangguhkan ekoran hujan lebat.

Artikel berkaitanPolis cari lelaki gelandangan nampak mangsa tertimbus di Masjid India

Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografi – TPM

Alexander taja 40 pek makanan kepada pengamal media bertugas di Masjid India

Polis saran peniaga di Masjid India tutup premis sementara, elak risiko gas beracun

Kurangkan pergerakan di Jalan Masjid India- Polis

Kawasan Masjid India, selamat, boleh teruskan perniagaan- Datuk Bandar KL

15 anggota bomba terlibat selamatkan wanita tertimbus di Masjid India

Wanita warga India tertimbus pada kedalaman 10 meter depan Masjid India

Pada pagi ini, katanya, pasukan SAR akan meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa dengan memberikan tumpuan di kawasan kejadian.

Pada masa yang sama, kerja–kerja Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi penilaian integriti tanah di laluan saluran kumbahan akan diteruskan dan dijangka selesai pada hari ini. – MalaysiaGazette