LONDON – Bintang Itali, Federico Chiesa menjadi milik Liverpool selepas The Reds bersetuju dengan beberapa rundingan, lapor pakar perpindahan, Fabrizio Romano.
Liverpool secara tiba-tiba dikaitkan dengan Chiesa setelah Barcelona menarik diri daripada rundingan kerana kekangan kewangan.
Barcelona tidak meneruskan usaha mendapatkan Chiesa dan kelab itu masih mahu menjadikan Nico Williams sasaran mereka pada masa akan datang.
Liverpool kemudian mempertimbangkan untuk membeli pemain itu yang diletakkan tanda harga €15 juta oleh Juventus kerana kontrak Chiesa hanya berbaki setahun di mana Liverpool sedia menawarkan kontrak selama empat tahun.
Pemain berusia 26 tahun itu memulakan kariernya bersama Fiorentia dan mencatat lebih 150 penampilan sebelum menyertai Juventus secara pinjaman untuk dua tahun pada 2020.
Meskipun dihimpit kecederaan namun Chiesa berjaya memenangi dua Coppa Italia bersama pasukan Serie A itu.
Pasukan itu kini mempertimbangkan untuk menambah beberapa lagi pemain sebelum tarikh tutup jendela perpindahan esok. – Agensi