Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif

KUALA LUMPUR – Keutamaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India adalah untuk menemukan wanita warga India itu secepat mungkin.

Disebabkan itu menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, operasi tanpa henti dilakukan seluruh petugas SAR di lokasi kejadian.

“Kerja – kerja melalui kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) diteruskan pada hari ini sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan pagi tadi.

Dalam pada itu beliau turut menambah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus bekerjasama dengan seluruh pasukan SAR antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Jabatan Mineral & Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya, Agensi Nuklear Malaysia serta pihak Indah Water Konsortium (IWK).

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pasukan SAR yang tanpa mengenal jemu dan putus asa serta terus berusaha dari siang hingga ke malam mencari mangsa.

“Semangat dan iltizam yang ditunjukkan oleh seluruh pasukan SAR, amat dihargai.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua petugas terus diberikan kesihatan yang baik dan usaha ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast