BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk Bukit Mertajam High School.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, RM225,000 diberikan untuk pembinaan surau manakala RM275,000 lagi bagi memenuhi keperluan mendesak lain di sekolah berkenaan.
“Ada permintaan anak-anak kita untuk surau. Saya luluskan RM225,000 dan sebagai alternatif, saya turut meluluskan RM275,000 untuk pembinaan mendesak lain.
“Saya akan melihat semula keperluan lain selepas menerima permintaan itu,” katanya ketika berucap pada sesi lawatan ke Bukit Mertajam High School di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.
Sementara itu, Pengetua Bukit Mertajam High School, Mohd Lazim Sabir melahirkan rasa gembira dengan pengumuman tersebut.
Katanya, pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf daripada segi kelengkapan kelas akan sebaik menerima peruntukan tersebut.
“Sebenarnya untuk keselesaan murid itu amat kita utamakan manakala penambahbaikan surau pula diperlukan dari segi perbesarkan saiz kerana sekarang ramai pelajar Islam dan ruang sedia ada agak sempit,” katanya. MalaysiaGazette