Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa melancarkan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Florida Diraja Putrajaya 2024 di Presint 2, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 01 September 2024

PUTRAJAYA – Festival Floria Diraja Putrajaya 2024 telah mencatatkan kehadiran lebih 800,00 pengunjung pada penganjuran kali ke-13 selama 11 hari yang berakhir hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, sasaran festival itu mencatatkan satu juta pengunjung tidak tercapai kerana faktor cuaca dengan hujan sejak kebelakangan ini.

Beliau bagaimanapun berkata, dengan mengetengahkan bunga Petunia sebagai bunga tema acara, FRP2024 mendapat perhatian umum melalui tarikan terbaharu tahun ini iaitu Taman Hobbit.

“Taman yang diperkenalkan di bawah program Place Making dan Local Agenda 21 buat julung kalinya dengan menggunakan bahan kitar semula.

“Taman Hobbit juga akan dikekalkan di lokasi sewaktu penganjuran acara sebagai satu lagi tarikan pelancongan baharu di Putrajaya.

“Penganjuran RFP2024 turut selari dalam menyokong kelestarian aspek pelancongan, sosio ekonomi dan alam sekitar di mana ketiga-tiga aspek ini merupakan di antara tokus utama dalam Kluster Sejahtera@WP,” katanya.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk beriadah di Taman Floria pada hujung minggu ketika tinjauan Malaysia Gazette di Presint 2, Putrajaya Foto AIZAT ZAINAL, 1 SEPTEMBER 2024.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis penutup Festival Floria Diraja Putrajaya 2024 di sini hari ini.

RFP2024 bermula pada 22 Ogos lalu di mana majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Sementara itu, majlis penutup hari ini turut meraikan pemenang pertandingan taman daripada 30 agensi kerajaan dan syarikat korporat bagi merebut anugerah utama iaitu Floria Garden Prime Award 2024 yang dimenangi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai ganjaran utama.

Menampilkan kelainan pada tahun ini, dua anugerah baharu telah diperkenalkan iaitu Floria Iconic Award dan Floria Most People’s Choice Garden Award.

Pemenang bagi anugerah Floria Iconic Award dipilih atas kreativiti reka bentuk taman yang menonjolkan mercu tanda ikonik mana kala pemenang Floria Most People’s Choice Garden Award merupakan anugerah pilihan orang ramai secara dalam talian. – MalaysiaGazette

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk beriadah di Taman Floria pada hujung minggu ketika tinjauan Malaysia Gazette di Presint 2, Putrajaya Foto AIZAT ZAINAL, 1 SEPTEMBER 2024.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast