AMPANG – Orang muda dan kanak-kanak merupakan pewaris dan penerus kesinambungan bagi sesebuah negara.

Semalam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-67 diadakan seluruh negara.

Bagi sebuah taman perumahan kecil di pinggir kota, Taman Kencana di sini juga menyambut kemerdekaan dengan cara mereka sendiri.

MERIAH. Sebahagian penduduk meraikan hari kemerdekaan dan hari keluarga di Taman Kencana semalam.

Persatuan Penduduk Taman Kencana (PPTK) menganjurkannya dan menggabungkan sekali dalam Program Sambutan Merdeka dan hari Keluarga Kencana 2024.

Program bermula petang 30 Ogos di mana penduduk bergotong royong menyiapkan persediaan di padang bola Taman Kencana seterusnya menyaksikan pertunjukan bunga api menjelang detik ulang tahun kemerdekaan.

Sebelah pagi 31 Ogos lalu, pelbagai acara diadakan dengan dimulai dengan bacaan doa dan pengisian kerohanian.

Nyanyian lagu patriotik kanak-kanak Taman Kencana semalam.

Selepas itu disusuli dengan nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak, senamrobik, permainan, perarakan dan pertandingan basikal merdeka.

Ada juga cabutan bertuah gerai makanan dan minuman disediakan, badut, urut kaki, inai, lukisan muka dan sebagainya.

Badut turut memeriahkan sambutan hari kemerdekaan di Taman Kencana semalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan, Mohd Shahffeq Eqhwan Shahrom yang mewakili Rafizi Ramli.

Mohd Shahffeq Eqhwan (baju putih) bersama Mohd Najib di Taman Kencana semalam.

Menurut Pengerusi PPTK, Mohd Najib Mat Nor, selain sambutan merdeka, tujuan hari keluarga dianjurkan bagi menyemai rasa patriotik kepada golongan muda terutama kanak-kanak.

Pertandingan basikal cantik sempena hari kemerdekaan di Taman Kencana semalam.

“Selain menghayati erti kemerdekaan, kanak-kanak kali ini berpesta air dengan mandi di Soopa Ballon yang disediakan.

“Semoga ia menjadi kenangan kepada mereka sebagai pewaris di Taman Kencana,” katanya. – MalaysiaGazette