Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah. Foto: BAM

KUALA LUMPUR – Beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah hanya mampu bergelar naib juara final Terbuka Korea 2024 hari ini.

Ia selepas kekalahan  ketiga buat Pearly-Thinaah di tangan Na Eun-Hye Jeong dalam empat pertembungan.

Berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, pasangan yang layak ke separuh akhir Olimpik Paris 2024 bulan lalu akur gagal meraih gelaran pertama mereka musim ini.

Kali terakhir Pearly-Thinaah meraih kemenangan ke atas Na Eun-Hye Jeong adalah pada separuh akhir Masters Malaysia 2023.

Pasangan itu akan menyertai Terbuka Hong Kong bermula 10 September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast