Zarina mengaku ditaja dan dibayar oleh pihak klinik estetik berkenaan untuk melakukan pembedahan tersebut.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Zarina Anjoulie mengakui menjalani prosedur pembedahan plastik pada bahagian hidung.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37,  menjelaskan kepada netizen yang mengecam tindakannya yang dibuat ke atas wajah terkininya itu.

“Dan dan pula semua orang sekarang kata hidung Anju yang dulu lagi cantik. Padahal hampir semua orang cakap hidung Anju sengetlah, bengkaklah sebelum ini.

“Sekarang tiba-tiba komen hidung dulu lagi lawa. Tak mengapa, dah buat dah pun,” tulis di Instagram miliknya di sini hari ini.

Sebelum ini, Zarina memberitahu terpaksa membuat prosedur itu bagi membuang benjolan pada bahagian batang hidung menerusi video yang tular di TikTok.

Dalam pada itu, Zarina menjelaskan perkongsian yang dibuat bukan tujuan membuka pekung di dada sebaliknya  mahu mencari rezeki untuk membesarkan anaknya.

Kata ibu tunggal itu, dia ditaja dan dibayar oleh pihak klinik estetik berkenaan untuk melakukan pembedahan tersebut.

“Minta maaf semua, posting itu bukan sebab nak buka aib sendiri dan tak hormat semua orang. Ia ditaja sepenuhnya oleh Dr. Plus, dia bayar saya untuk datang dan kasi token… tolong faham ini punca rezeki saya.

“Walaupun tak banyak, duit ini saya nak bawa balik bayar yuran sekolah anak, beli barang dapur dan bayar yuran mengaji dia.

“Bukannya untuk saya beli beg baru ke BMW ke nak tayang kat orang. Bukan saya bangga dan riak. Itu memang kerja saya,” jelasnya.

Sementara itu, Zarina turut memohon maaf kepada orang ramai sekiranya perkongsiannya mengundang rasa kurang senang ramai pihak.

Tambah pelakon itu, dia merasa bertuah kerana ramai yang masih peduli dengannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast