Baby Shima.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut, Baby Shima  mempersoalkan mengenai ‘surat terbuka’ oleh golongan pendakwah tempatan untuk Da’i Syed yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana kesalahan merogol, baru-baru ini.

Shima atau nama sebenar, Nor Ashima Ramli, 31, menyelar sikap pendakwah selebriti tempatan yang disifatkan ‘pilih kasih’ dalam membuat teguran sebagaimana selalu dihadapinya.

“Kenapa tak ada surat terbuka buat mangsa rogol dan perogol? Kalau saya, bukan main buat ‘content’. Kena puak sendiri, pandai pula suruh netizen diam.

“Bila puak dia buat hal, semua senyap sunyi masuk dalam gua. Buat-buat tak nampak, tak ada surat terbuka, tak ada doa bala. Ada yang siap menjatuhkan hukum neraka terus kalau isu saya dan artis lain,” tulisnya di hantaran Instagram miliknya, di sini.

Shima menambah, apabila melibatkan isu mengenai artis, pendakwah selebriti pantas membuat kandungan yang dakwanya seolah-olah untuk menaikkan ‘view’ di akaun media sosial masing-masing dan umpama ‘terpaling tegur’.

Pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Mohd Syaiful dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana didakwa merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

Sementara itu, Da’i Syed mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu pengacara TV, Hana Ismail pada 3 Disember 2022 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 14 Ogos lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast