Skuad sepak takraw lelaki dan wanita negara berlepas ke Thailand bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai Ke-37 dari 1 hingga 9 September 2024. Foto Facebbok Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM

KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pada perlawanan akhir hari itu, regu negara dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam turun bersemangat dan menguasai set pertama dengan 15-5.

Regu negara ternyata sukar digugat apabila melengkapkan kemenangan 15-9 untuk membawa pulang emas buat Malaysia.

Terdahulu, Malaysia meraih kemenangan dalam ketiga-tiga aksi divisyen premier liga sepusingan disertai lima negara itu sebelum aksi penentuan pingat emas berdepan India.

Turut mengambil bahagian pada kejohanan kali ini ialah Singapura, China dan Brunei.

Seteru utama skuad negara, Thailand tidak menyertai acara regu lelaki. – MalaysiaGazette