Abu Obeidah. Foto IRNA

TEHRAN – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah individu yang  bertanggungjawab atas kematian tahanan rakyatnya.

Jurucakap Briged Al-Qassam dalam satu mesej berkata: “Hanya Netanyahu dan tentera rejim penjajah zionis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembunuhan tawanan Israel ekoran kegagalan perjanjian pertukaran tahanan yang disengajakan,” kata Abu Obeidah lapor agensi berita Shahab.

Malah, tambahnya, Netanyahu juga bertanggungjawab atas pembunuhan berpuluh-puluh banduan lain dengan pengeboman berterusan dari udara.

Abu Obeidah berkata, selepas insiden di Nusirat, arahan baharu telah dikeluarkan untuk Mujahidin supaya bertanggungjawab melindungi tawanan musuh, tentang cara berinteraksi dengan tawanan sekiranya tentera penjajah Zionis menghampiri tempat mereka.

Tambahnya, desakan Netanyahu pembebasan tahanannya adalah melalui tekanan tentera dan bukannya menandatangani perjanjian pertukaran banduan.

Ini berkata, bermakna tahanan Israel hanya akan kembali kepada keluarga mereka dalam keranda.

Pada masa sama, keluarga mereka juga mesti memutuskan sama ada mahu tahanan diserahkan dalam keadaan hidup atau mati. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast