KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Piala Pestabola Merdeka 2024 edisi ke-43 pada kali ini.
Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente telah menundukkan pasukan Filipina 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Sebaik sepak mula dimulakan, pasukan tuan rumah nyaris dikejutkan pelawat pada seawal minit pertama permainan akibat kekeliruan di bek pertahanan bagaimanapun berjaya dinafikan penjaga gol Malaysia.
Bagaimanapun, skuad kendalian Norman Jr Fegidero tidak menunggu lama untuk menghukum tuan rumah apabila membuka gol pada minit ke-27 menerusi Jefferson David Tabinas.
Harimau Malaya yang langsung tidak menjangkakan gol awal itu cemas seketika sebelum mula menguasai permainan dan mengatur serangan balas di gawang lawan.
Percubaan tuan rumah akhirnya membawa hasil apabila pada minit ke-43 sebelum tamat separuh masa pertama Harimau Malaya berjaya bangkit menyamakan kedudukannya.
Gol penyamaan itu telah hasilkan oleh perancang tengah pasukan tuan rumah Syamer Kutty Abba sekaligus mencerahkan peluangnya untuk marah ke final.
Sejurus bermula separuh masa kedua, Malaysia mula menguasai permainan di atas padang dan melakukan serangan balas di gawang lawan, bagaimanapun gagal mencipta dan menggandakan gol kemenangan yang diperlukan.
Bagaimanapun, pada minit ke-73 Malaysia berjaya memperolehi sepakan penalty selepas Arif Aiman diterjah dan dijatuhkan dalam kotak penalti.
Hasilnya, Malaysia berjaya menggandakan jaringan menerusi Safawi Rasid yang dimasukkan sebagai pemain gantian di separuh masa kedua yang juga menjadi gol kemenangan melayakkan Harimau Malaya ke final pada Ahad ini.
Di perlawanan akhir, Malaysia akan bertemu pasukan ranking ke-116 dunia Lubnan kendalian Miodrag Radulovic pada malam 8 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. -MalaysiaGazette