Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad bergambar selepas menyempurnakan Grand Opening Restoran Makanan Laut Ombak Kitchen di Ombak Kitchen Setapak, The Palette@The Ark, Setapak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 06 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Penggemar makanan laut di ibu kota kini tidak lagi perlu pergi jauh untuk memehubi hajat mereka kerana Ombak Kitchen telah meluaskan operasinya dengan membuka cawangan baharu di Setapak.

Selain keistimewaan sajian yang dihidangkan bersama sos Cajun, hidangan terlaris dari Ombak Kitchen adalah Ketam Raja Alaska, udang galah hidup Kanada serta kombo makanan laut yang pasti menambat hati pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ombak Kitchen, Sharita Loo berkata, matlamat mereka adalah untuk membawa pengalaman menikmati makanan laut ke tahap yang lebih menyeronokkan – berbeza dengan pengalaman makan tradisional biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Ombak Kitchen, Sharita Loo.

“Bagi memenuhi keperluan makanan kanak-kanak, kami juga menawarkan banyak pilihan hidangan sihat. Ibu bapa kini lebih mengambil berat tentang nilai pemakanan dan chef kami telah bekerja keras untuk memenuhi keperluan itu.

“Selain itu, kami juga mahu semua rakyat Malaysia mampu merasai sajian kami. Oleh itu, dalam masa dua minggu, kami akan melancarkan menu baharu yang hanya berharga RM40 untuk seorang,” katanya ketika sidang media selepas majlis perasmian restoran itu di sini malam tadi.

Sidang media majlis perasmian Ombak Kitchen The Palette @ The Ark, Setapak, (Dari kiri) Chef, Shahril Anuar Abdul Rahman, Ketua Chef, Kamarudin Adnin @ Chef Bob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ombak Kitchen, Sharita Loo

Tambah Sharita, restoran itu juga menjadi lokasi pilihan ramai untuk meraikan hari lahir dan majlis-majlis istimewa.

Cawangan baharu ini dibuka di Setapak dengan matlamat untuk membawa hidangan makanan laut lebih dekat kepada masyarakat ibu kota dengan terletak hanya 10 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur.

“Dengan bilangan penduduknya yang ramai, kami melihat potensi yang besar di sini,” katanya.

Ombak Kitchen juga mempunyai perancangan dalam melebarkan sayap ke bandar Kuala Lumpur dan Johor Bahru atas permintaan peminat makanan laut.

Pembukaan premis baharu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai tetamu khas.

MENTERI Sumber Asli, Alam Sekitar dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menyempurnakan Grand Opening Restoran Makanan Laut Ombak Kitchen di Ombak Kitchen Setapak, The Palette@The Ark, Setapak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 06 SEPTEMBER 2024.

Pembukaan Restoran Ombak Kitchen di Setapak menjadikan ia sebagai cawangan keempat setelah pembukaan tiga premisnya di Bukit Jelutong, Bangsar dan di IOI City Mall.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast