Ihsan Foto : IG Raysha Rizrose

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Farza Naquraisha Mohd Fariz atau lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang kini berbadan dua.

Pelakon berusia 28 tahun itu mengumumkan berita itu menerusi Instagram miliknya, hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik dengan kapsyen, “Kami, 11 tahun kemudian,” memperlihatkan baby bump yang semakin membesar.

Bagaimanapun, adik kepada selebriti Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose itu tidak memaklumkan tentang usia kehamilannya.

Raysha dan suaminya, Nabil Jeffri, 30, pelumba kereta Formula 2 telah mendirikan rumah tangga sejak 22 Februari tahun lalu.

Difahamkann kapsyen 11 tahun itu merupakan usia perkenalan pasangan suami isteri ini sebelum mendirikan rumah tangga. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast