SUBANG JAYA – Polis sedang menyiasat dakwaan seorang penarik kereta yang mengatakan telah ditendang oleh anggota polis di kawasan Subang Perdana Goodyear Court 3, hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada awal pagi tadi dipercayai berpunca akibat perselisihan faham.
Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sudah menerima laporan yang dibuat penarik kereta lelaki berusia lewat 20-an mengenai insiden itu.
“Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa berlaku perselisihan faham berkaitan jalan raya dan dia ditendang anggota polis terbabit.
“Mangsa sudah dirujuk ke hospital untuk rawatan dan kita sedang menunggu laporan pemeriksaan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya selepas dihubungi hari ini.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mencadatangkan kecederaan tanpa senjata.
Jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.-MalaysiaGazette
















