Yoshihiro

SHIZUOKA – Presiden Yamaha Motor Co mengalami kecederaan di lengan pada Isnin selepas didakwa diserang oleh anak perempuannya menggunakan pisau dapur di kediaman mereka di tengah Jepun, lapor Agensi Berita Kyodo memetik pihak polis tempatan.

Polis menahan Hana Hidaka atas tuduhan cubaan membunuh bapanya, Yoshihiro, 61, dengan menggunakan pisau sekitar 3 pagi Isnin di rumah mereka di Iwata, Shizuoka.

Pihak polis bertindak balas selepas menerima panggilan daripada anak perempuannya yang berusia 33 tahun, yang mendakwa bahawa bapanya memukulnya.

Dia juga menghubungi polis sekitar 5.30 petang sehari sebelum kejadian.

Seorang pegawai syarikat yang berpangkalan di Iwata, berkata bahawa pihak syarikat tidak akan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan itu kerana ia masih dalam siasatan.- BERNAMA-KYODO

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here