Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada Sidang Media Khas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Auditorium Ibu Pejabat SPRM, Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA. Foto AIZAT ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2024.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan membabitkan syarikat Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH) buat masa ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia kerana pihaknya tidak nampak sebarang elemen rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita serahkan kepada pihak polis kerana saya tidak nampak isu rasuah di sini. Jadi mereka (PDRM) akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan pihak SPRM,” katanya dalam sidang media khasi di sini hari ini.

Tambah Azam. siasatan berhubung syarikat GISBH itu juga turut melibatkan pelbagai akta lain seperti kanak-kanak dan sebagainya.

Semalam, sebanyak 96 akaun bank dan pelbagai aset membabitkan GISBH bernilai lebih setengah juta ringgit telah dibekukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain pembekuan akaun, sebanyak empat akaun turut ditutup dan pelbagai kenderaan disita bagi membantu siasatan kes eksploitasi kanak-kanak yang dijalankan ketika ini.

“Sehingga kini, sebanyak 96 akaun membabitkan GISBH yang berjumlah RM581,552.31 dibekukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Sebanyak empat akaun ditutup dan lapan kenderaan turut dikeluarkan perintah pembekuan,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur semalam. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here