Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang kontraktor pembinaan kerugian RM463,792.00 duit simpanan akibat terpedaya dengan Skim Pelaburan Tidak Wujud.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mangsa yang juga merupakan pesara kerajaan telah menerima maklumat berkenaan pelaburan tidak wujud itu menerusi aplikasi Whatsapp oleh seorang individu pada awal bulan ini.

“Suspek telah menjanjikan pulangan 20 peratus bagi setiap modal yang dilaburkan melalui laman web yang diberikannya.

“Dalam tempoh daripada 5 September hingga 20 September, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM 463,792.00 ke enam akaun yang diberi oleh suspek,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila dia tidak dapat mengelurkan sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan dan gagal menghubungi suspek.

Yahaya berkata, orang ramai dinasihati agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan tidak mudah terpengaruh dengan Skim Pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast