KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menawarkan sebarang bentuk bantuan wang tunai.
Sehubungan itu, katanya, hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform Tiktok itu adalah palsu.
Sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh kerajaan, boleh disemak di portal rasmi STR (bantuantunai.hasil.gov.my).
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sebegini.
Jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti. – MalaysiaGazette