Pasangan suami isteri muda warga tempatan ditahan disyaki mendera anak lelakinya yang berusia tiga tahun sehingga dimasukkan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pasangan berusia 20an itu ditahan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di Kluang pada pukul 1.50 pagi semalam.