Suspek, Hasbulah Ismail, 57, berjalan keluar selepas didakwa atas kes bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM di Mahkamah Kajang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur ditahan polis kurang daripada 24 jam selepas mencuri sebuah motosikal di flat Pandan Jaya, Ampang, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik motosikal iaitu lelaki berusia 29 tahun, pada hari sama.

“Bertindak atas laporan, suspek berusia 28 tahun ditahan di sekitar kawasan itu oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada jam 8.30 malam.

“Berdasarkan laporan, pengadu pergi ke rumah rakan di sebuah flat di Pandan Jaya, kira-kira 11 malam Sabtu lalu dan meletakkan motosikal Yahama LC V8 di parkir dalam keadaan berkunci.

“Pada malam itu, pengadu mengambil keputusan untuk bermalam di rumah rakannya itu dan pada kira-kira 3 pagi semasa ingin pulang ke rumah, pengadu mendapati motosikal miliknya tiada di parkir disyaki sudah dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Motosikal Yahama LC V8 di parkir dalam keadaan berkunci yang dicuri suspek di flat Pandan Jaya. Foto Ihsan PDRM

Mohd Azam berkata, susulan tangkapan itu, polis telah merampas sebuah motosikal dipercayai milik pengadu.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan suspek juga mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Berikutan itu, suspek dikenakan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 3 Oktober ini bagi siasatan di bawah  Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here