Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang diwartakan pada 2 Februari lalu berkuat kuasa serentak bermula hari ini.

Kementerian Kesihatan berkata, penguatkuasaan akta ini akan melibatkan beberapa aspek yang dikuatkuasakan secara serta-merta dan berfasa.

Aspek-aspek yang akan dikuatkuasakan serta-merta ialah peruntukan ini melibatkan penjualan produk rokok yang berbentuk permainan an menarik perhatian golongan kanak-kanak dan remaja, pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk rokok.

Selain itu tempat larangan penjualan produk merokok seperti institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri.

“Penguatkuasaan Akta 852 ini kerana Kementerian Kesihatan memandang erius kesan buruk amalan merokok termasuk aktiviti pemasaranan promosi tidak beretika yang disasarkan kepada kanak-kanak dan remaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penguatkuasaan pendidikan akan dilaksanakan dahulu bagi tempoh enam hingga 12 bulan dari tarikh kuat -kuasa pendaftaran produk rokok yang akan dikuatkuasakan 1 April 2025.

Pembungkusan dan pelabelan akan dikuatkuasakan mengikut produk selewat-lewatnya 1 Oktober 2025.

Kaunter jualan termasuk pameran di kaunter jualan akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya 1 April 2025.

Akta 852 diwartakan pada Februari lalu pada mulanya diumumkan akan dilaksanakan pada Jun tetapi kemudiannya ditangguhkan pada Ogos. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here