Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Pembebasan Palestin di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 4 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR- Malaysia menggesa semua pihak di Asia Barat untuk segera meredakan ketegangan yang menggugat kestabilan di rantau itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Israel sengaja melancarkan serangan berterusan kepada Lubnan, Syria dan Yaman bagi megalih tumpuan masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman dan genosid yang dilakukannya kepada rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Tindakan itu adalah semata-mata untuk memastikan pemimpin mereka terus berkuasa dan tidak dipenjarakan.

“Nyawa-nyawa tidak berdosa dikorban demi karier politik seseorang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Anwar menggesa masyarakat antarabangsa untuk segera mengekang pusingan tindakan berbahaya itu.

Tambahan pula Israel mengancam untuk melibatkan lebih banyak pihak dalam konflik tersebut yang sekali gus akan meningkatkan ketidakstabilan dan kerosakan lebih teruk. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here