KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Nur Fazura berkongsi hantaran khas sempena ulang tahun kelahiran keempat puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, wanita itu meluahkan rasa ralatnya kerana tidak dapat membuat sambutan hari jadi anaknya pada kali ini.

Wlaubagaimanapun pelakon dan usahawan itu tetap mendoakan Fatima menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dalam apa juga keadaan.

“Fatima sayang, mommy mendoakan semua kebaikan untukmu sebelum kamu dilahirkan lagi dan akan terus berdoa untukmu sepanjang hayat hidup mommy. Fatima, anak yang baik. Bukan sahaja mempunyai hati yang besar, tetapi kamu juga sangat kuat, teguh pada apa yang kamu inginkan, serta penuh perhatian dan empati terhadap semua orang yang kamu temui, terutamanya terhadap ibumu.

“Walaupun tahun ini mommy tak dapat adakan parti seperti sebelum ini tapi apa yang mommy boleh jamin adalah akan menyayangimu lebih dari yang mommy boleh ungkapkan Bersyukur sentiasa wahai anakku sayang di dalam apa saja keadaan dan selalu lah berterima kasih kepada Allah SWT dan hargai semua orang yang menyayangimu…Semoga Fatima terus membesar dengan sebaik-baiknya, dilindungi Allah SWT dari manusia berhawa nafsu syaitan, menjadi anak yang solehah, sentiasa menyayangi diri sendiri dan berbuat baik pada semua orang, berjaya di dunia akhirat,” tulisnya.

Menjengah ke akaun Instagram Fattah, beliau turut memberi ucapan ringkas kepada cahaya matanya itu.

“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di perlindungan Allah S.W.T. Ayah rindukan kamu,” tulisnya.

Sebagai rekod, Fazura pada 13 September memfailkan cerai kepada Fattah.

Namun pelakon lelaki itu mengakui masih menyayangi Fazura dan belum bersedia untuk berpisah.

Abdul Fattah Mohd Amin, 33 berharap apa yang berlaku dalam isu rumahtangganya itu dapat diselesaikan cara baik.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast