Ketua Polis Shah Alam, Asistent Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menunjukkan ganja yang dirampas dalam serbuah di sebuah kondominium di Petaling Jaya, Selangor.

SHAH ALAM – Sepasang kekasih ditahan kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dengan menjadikan sebuah kondominium mewah, di Petaling Jaya Selangor sebagai lokasi menyimpan serta membungkus ganja, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Shah Alam, Asistent Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasangan terbabit berusia 19 dan 24 tahun itu dipercayai pelajar sebuah kolej swasta yang memperoleh pendapatan lebih RM300,000 hasil jual ganja sejak setahun lalu.

Tambah beliau, mereka merupakan ‘golongan berada’ itu menyewa kondominium mewah terbabit pada kadar RM3,800 bagi menjalankan kegiatan pengedaran dadah tersebut.

“Terdaulu, operasi dijalankan Bahagian Siastaan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama Jabatan Siastan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menahan seorang lelaki tempatan sekitar jam 3.50 petang.

“Suspek berusia 24 tahun itu diberkas di kawasan tempat letak kereta di Petaling Jaya dengan merampas 20 bungkusan ganja yang dianggarkan seberat 2,120 kilogram (kg).

”Susulan tangkapan pertama, membawa kepada penahanan suspek kedua seorang wanita tempatan berumur 19 tahun dan merampas ganja seberat 5.60 KG dan 3.18 KG,” katanya dalam sidang media di IPD Shah Alam hari ini.

Tambah beliau, hasil risikan mendapati kesemua bekalan dadah terbabit diperoleh daripada Thailand sebelum ia dijual bagi aktiviti pengedaran di sekitar Lembah Klang.

“Kesemua ganja yang dibeli suspek dalam ketulan berbentuk hati dan empat segi, sebelum ia dipotong kepada saiz mengikut permintaan pelanggan dengan harga RM50.

“Kedua-dua suspek menggunakan platform aplikasi media sosial seperti Telegram dan Whatsapp bagi mencari pelanggan sebelum menjual ganja terbabit secara bersemuka,” jelasnya.

Katanya lagi, semakan lanjut mendapati kedua-dua suspek dilahirkan di luar negara sebelum menetap di negara ini dan mereka tiada rekod jenayah lampau serta saringan  air kencing disahkan negatif.

“Dalam operasi ini, nilai keseluruhan ganja yang dirampas dianggarkan seberat 10.15 KG yang bernilai RM38,068 dan polis menyita sebuah kereta jenis Toyota GT86 yang bernilai RM200,000.

“Semakan mendapati, keseluruhan ganja rampas itu boleh dibekalkan kepada 20,320 penagih dadah dalam masa sehari mengikut penggunaan harian sebanyak 0.5 gram,” ujarnya.

Beliau juga memaklumkan, kesemua suspek direman selama tujuh hari yang akan berakhir esok bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here