Nancy berucap dalam program Persidangan Keterangkuman Pendidikan Awal Kanak-kanak di Hotel Doubletree, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Lebih banyak pusat jagaan orang kelainan upaya (OKU) perlu dibuka bagi menampung keperluan yang semakin meningkat ketika ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada masa ini terdapat 11 pusat taska OKU berdaftar yang direkodkan di negara ini.

“Bagi yang tidak berdaftar di seluruh negara disaran membuat pendaftaran segera, sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

“Mungkin ada di luar sana yang beroperasi dengan tidak berdaftar dan berada di luar pengetahuan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Persidangan Keterangkuman Pendidikan Awal Kanak-kanak di Hotel Doubletree di sini hari ini.

Kata Nancy, semua premis terbabit perlu mengikut peraturan dan syarat ditetapkan dengan mengikut spesifikasi yang betul khususnya aspek keselamatan.

Menurutnya, satu sebab sebahagian taska OKU masih berkurangan kerana kesukaran memenuhi keperluan dan pensijilan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Justeru, katanya, pihaknya sedia bekerjasama bagi membantu premis terbabit untuk memenuhi kriteria pendaftaran yang ditetapkan khasnya bagi aspek keselamatan.

“Ramai yang tidak faham perkara ini dan beranggapan syarat yang diletakkan terlalu ketat.

“Bagaimanapun aspek keselamatan itu tidak boleh kita kompromi dan pengusaha wajib mematuhinya. Ini demi kebaikan dan keselamatan kanak-kanak yang dijaga di premis itu,” katanya.

Jelasnya, perkara tersebut bukan terpakai untuk taska OKU sahaja malah unutk semua taska yang beroperasi di seluruh negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. saya sebagai Salah seorang OKU ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang OKU.

    Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli ada sediakan kerusi roda untuk kegunaan OKU Semasa berurusan di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli.

    Apa yg mendukacitakan, pekerja di peringkat bawah menyorok kerusi roda yg sempurna Dan meletakkan yg rosak, serta tempat letak kaki hanya sebelah je.
    Tujuan Supaya , orang tidak dapat Guna Dan kurangkan kerja mereka.

    Saya pernah Luka di ibu jari kiri Semasa mengunakan nya Semasa berurusan dengan ADO di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli.

    Saya menyeru pihak atasan Supaya mengawasi sikit kaki tangan di peringkat bawah kerana “tax payer” memerhati perbuatamereka ini.

    Salam.

Comments are closed.