Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor menegaskan negeri ini tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi kelmarin.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, tindakan sudah diambil terhadap pihak yang terlibat.

Action has been taken and the culprits have been arrested. Zero tolerance in Johor,” tulis baginda dalam aplikasi X HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Terdahulu tular foto dan video berkenaan yang berdurasi tujuh saat dalam satu Facebook komuniti berkenaan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di sebuah hotel di Bandar Penawar.

Dalam foto dan video tersebut memaparkan sekumpulan penari wanita membuat persembahan dengan pakaian mencolok mata.

Menerusi foto tersebut, turut terdapat peserta yang mengenakan pakaian seperti penyokong LGBT.

Program berkenaan dianjurkan oleh Persatuan The Hash House Harriers.

Semalam, media melaporkan kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, kerajaan negeri memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam penganjuran acara tidak bermoral seperti itu.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here