File picture

KUALA LUMPUR – Sebahagian kawasan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi tadi ekoran kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Hub Pasar Seni, dekat sini.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Apartment Putra Ria, Brickfields, Bukit Bandaraya, Bukit Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Persekutuan, Bukit Tunku, Damansara Heights, Damansara Town Centre, Idamansara, Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap, Kampung Padang Merbuk, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur City Center, Kuala Lumpur Central, Medan Damansara, Parlimen, Persiaran Sultan Salahuddin, Semantan
dan Taman Bandaraya.

Selain itu, Taman Bangsar Baru, Taman Damansara Endah, Taman Duta, Taman Lucky, Taman Sa Bangsar, Taman Sa Damansara, Taman Tasik Perdana, Taman Tunku dan Tijani.

Air Selangor berkata, kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap pada jam 1 pagi, 9 Oktober 2024 (Rabu).

Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1 tengah hari esok.

Menurutnya, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast