Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei. Foto Facebook BAM.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menambah koleksi gelaran ketiga musim ini selepas merangkul gelaran juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Vantaan Energia Areena itu, Izzuddin-Sze Fei kali ini menjadikan pasangan ranking dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark sebagai ‘mangsa’ selepas muncul juara Terbuka Jepun dan Terbuka China sebelum ini.

Diletakkan pilihan kelima kejohanan berstatus Super 500 itu, Izzuddin-Sze Fei  dipaksa bekerja keras selepas diheret dalam perlawanan tiga set sebelum menang 15-21, 21-15, 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung sejam 12 minit.

Kejayaan menjuarai Terbuka Artik bakal melonjak kedudukan ranking Izzuddin-Sze Fei selain membawa hadiah wang kemenangan membawa pulang hadiah kemenangan RM142,282. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here